05 February 2011

Di antara blog ini dan ‘belog’ Hanis Zalikha

Sudah hampir 3 bulan blog ini tidak diupdate. Sebelum ini aku gagal mengakses blogger gara-gara masalah password. Mujurlah beberapa hari lepas aku berjaya mengaktifkan semula menggunakan email alternatif. Tapi kalau masalah tersebut tidak wujud pun, entah berapa banyak entry saja yang terbit dari blog ini. Aku bukanlah penulis yang konsisten dalam melahirkan entry-entry baru. Mungkin sebab itulah blog ini tidak diikuti ramai seperti blog Hanis Zalikha.



Tetapi aku percaya, kalau Hanis Zalikha memiliki rupa fizikal sederhana seperti aku, jumlah pengikut blognya tidak sampai separuh pun dari jumlah sekarang ini. Aku tiada masalah pun dengan beliau jauh sekali mengeluh nasib diri. Aku cuma memberi pendapat tentang realiti fizikal di sisi masyarakat dan Hanis Zalikha hanya sekadar contoh. Walaubagaimanapun memang diakui ramai juga yang mengikuti blog beliau kerana kandungannya yang boleh dikatakan kreatif dan informatif berbanding blog-blog peribadi wanita lain yang sarat dengan kisah-kisah kemanisan jatuh cinta dan kepedihan ditinggalkan kekasih (bukan semua ya, tetapi kebanyakan wanita di Malaysia menitik beratkan emosi diri dalam menulis blog).

Lupakan Hanis Zalikha, topik utama entry kali ini adalah kemarau yang melanda blog Saudara Terpuji ini dalam melahirkan entry-entry baru. Tahun 2010, hanya 19 entry sahaja berjaya diterbitkan. Dulu kesibukan belajar dijadikan alasan. Selepas itu kononnya sibuk mencari rezeki. Sebenarnya ada saja masa lapang, cuma kemalasan aku untuk duduk sambil fokus menaip menjadi sebab utama blog ini kurang subur.

Oleh kerana kebanyakan hos blog adalah percuma, kelahiran blog peribadi secara besar-besaran sejak dua tiga tahun ini tidak dapat dibendung lagi. Semua orang mahu menulis. Ada yang bermotifkan kewangan dan tak kurang juga yang mahukan populariti. Masalah yang timbul adalah bila semua mahu menulis, siapa pula mahu membaca? Apapun, tema politik merupakan tema yang paling popular di Malaysia. Kalau tak percaya, sila tekan ‘Next Blog>>’ pada ruangan atas kiri blog ini atau mana-mana blogspot lain. Pasti tidak sukar untuk berpaut pada blog-blog bertemakan politik.

Bicara tentang politik, aku mahu menulis mengenai politik Malaysia di entry akan datang. Tapi belum pasti bila. Mungkin 3 bulan, atau mungkin 30 bulan lagi.

11 comments:

AkuMuzikFilem said...

Akhirnya..

AkuMuzikFilem said...

Biasalah saudara terpuji, kebiaasan blog yang dapat hits tinggi blog yang menjaja kisah peribadi dihiasi dengan wajah2 manis empunya blog. Kau tak boleh harap blog ini dapat ramai followers ramai kalau takde marketing. Letaklah shoutmix ke.

AkuMuzikFilem said...

Takde masalah kot. Apa masalah. Kalau semua orang mahu menulis, mereka juga membaca. Yang membaca juga menulis. Vice versa semua tu.

Saudara Terpuji said...

Saat, memang tiada masalah. Sekadar ayat sinis kepada gelombang blogging. Aku tak kisah tak difollow walau ramai juga yang membaca walau tak follow.

AkuMuzikFilem said...

Oh takpe, aku jumpa banyak juga blog yang start bertahun lamanya, tapi dengan jumlah followers tak sampai 50. Memang ikhlas kot, iklan nuff pun takde. Respek2. haha. Tapi kalau blog bukan sepenuhnya peribadi macam kau, blog yang bertema pandangan kau terhadap kehidupan sekeliling kau, aku rasa blog sebegini yang perlu diramaikan followers. Ini blog yang menjaja kisah perbadi yang lebih ramai dibaca. Trend Melayu kita suka jaga tepi kain orang kot. Suka benda yang real-life, cam AF yang jadi kegilaan. Aku dah muak dengan blog peribadi camtu, sedikit2 boleh diterima. Tapi xpelah, nama pun blog kan, ikut suka dorang la kan. ok2.

AkuMuzikFilem said...

Gelombang ni tak leh ditahan, generasi zaman ini banyak idea yang nak diutarakan, maka bloglah sebagai perantaraan. Akibat kekangan berlebihan kerajaan, bloglah jadi perantaraan. Lupakah bahawa banyak perkara yang merubah pandangan anak muda tentang politik mostly datang dari pembacaan blog, harapkan akhbar perdana, semuanya indah satu pihak. Bermula sebagai pembaca, keinginan meluap untuk berkongsi idea telah melahirkan ramai blogger. Cuma aku bukan penulis politik, sekadar ambnil tahu demi diri sendiri dan keluarga, untuk menulis, tinggalkan kepada ahlinya.

James Dean said...

Penuh dgn komen Aat je!! Yay! Menulis semula... MAHU LAGI!!

Saudara Terpuji said...

Saat, terima kasih atas pandangan yang luas. Pada aku, salah gelombang blogging ini cuma hilang sedikit nikmat menulis bila terlalu ramai penulis. Tapi tak apa, itu hak masing-masing.

AkuMuzikFilem said...

Aku agak sokong pandangan hilang nikmat menulis. Terkadang aku naik muak tengok lambakan2 blog picisan. Tapi jangan kau risau, sebab luar sana lebih banyak blog picisan, kau boleh mengatasi mereka dengan tulisan kau. Prinsip "Best man win", "good product marketing itself" mungkin boleh diguna pakai (walau hakikatnya kena ada marketing effort juga). Lagipun blog2 picisan biar bersaing sesama sendiri, blog seperti kau aku kira agak kurang berbanding blog picisan. Aku pun tak mampu cakap apa, aku pun mungkin dikira newbies2 yang telah menghilangkan nikmat menulis. huhuhu.

Anonymous said...

tumpang populariti Hanis Zalikha nampak?

D'zunnur said...

asal saja fizikal n mental kita sempurna...