09 June 2010

Mendakap hati


Aku adalah seorang yang membosankan pada kebanyakan orang. Aku meminati perkara-perkara yang hanya sebilangan manusia meminatinya. Tutur kataku tidak indah, bicaraku tidak lancar, luahanku tidak ramai yang penuh minat mendengar. Aku tidak pandai berbual dengan orang lain. Sering saja aku kekok untuk berborak lama. Selalunya aku mengambil masa yang panjang untuk mesra dengan kenalan baru. Orang selalu tertanya-tanya bagaimanakah sebenarnya personaliti aku.

Zaman kanak-kanak dan pra remajaku dahulu, aku seorang yang periang. Miliki ramai kenalan. Berborak dengan siapa sahaja. Entah sejak bila aku menjadi begini, pemalu dan kurang keyakinan diri.

Walaubagaimanapun, entah kenapa hampir setiap hari yang telah aku lalui aku gembira. Aku jarang bersedih, menyesal dan membenci diri sendiri. Aku hargai setiap kurniaan yang telah penciptaku limpahkan. Bakatku yang zahir dan tersembunyi, adalah yang teristimewa padaku.

Ya, walaupun aku seorang yang membosankan di mata orang lain, aku sebenarnya sangat terhibur menjadi diri sendiri. Aku tidak perlu banyak berpura-pura. Aku rasa itulah hukumnya. Kadang kita cuba menjadi seorang yang menyenangkan di mata orang lain, tetapi mengabaikan prinsip dan minat sendiri.

Sehingga kini, aku bahagia dalam banyak perkara..

Alhamdulillah.

2 comments:

James Dean said...

Siapa cakap ko bosan????
XLANGSUNG!! Tapi betul la ko makin pemalu.. Aku pun pelik dengan perubahan ko sem demi sem.. Padahal first sem kenal ko sgt peramah dengan semua org, tapi skrg hanya dengan org2 yang ko selesa je ko menjadi diri sendiri.. Xpe, aku pun cam2, malah lebih teruk.. At least ko minat benda yang majoriti semua lelaki suka: BOLA SEPAK.. Ada topik untuk dibual?? Aku nie hah???

Anonymous said...

ekhwan..sape yg ckp ko bosan...ko sgt menghiburkan dihati ku...ekwan2...klaka la ko ni... -kakpah-