09 June 2010

Suara dari dinding tandas


Cuba kita fikir, di dalam dunia yang penuh sesak ini, bilakah waktunya kita bersendirian? Hampir setiap aktiviti yang kita lakukan dikelilingi orang lain. Konsep ‘privacy’ amat bernilai di dunia moden kini. Walaubagaimanapun, ada sejenis tempat yang hampir setiap orang bersendiri. Ya, tempat itu adalah tandas.

Kadang-kadang di pintu tandas awam kita akan terjumpa pelbagai hasil seni individu-individu kreatif, misalnya nombor telefon dan lukisan nakal bertaraf tadika. Yang aku sering terfikir, macam manalah individu-individu tersebut boleh meluangkan masa berkarya di situ. Siap membawa ‘pen marker’ menunaikan hajat.

Walaupun tandas adalah tempat yang hina dan kotor bagi kebanyakan orang, aku sangat menghargai tandas. Selain memberi ruang untuk melepaskan apa yang dipendam, tandas juga memberikan aku masa untuk berfikir. Ketika bercangkung ataupun duduk bersendirian itulah ‘masa-masa emas padaku’. Banyak idea terlahir dari aktiviti tersebut. Ini kerana aku lebih fokus dan tenang dalam berfikir di masa-masa emas ini.

Hargailah tandas anda, janganlah sampai kita terpaksa berkongsi satu bilik di tandas kelak.

2 comments:

D'zunnur said...

x kire ape jenis tandas yg dicipta didunia fana ni...aku tetap BERCANGKUNG!!!

Saudara Terpuji said...

Kau menyumbang kepada kehancuran tandas. Apapun aku juga lebih gemar tandas cangkung.